JABATAN PEGUAM NEGARA    
 
Aduan/Maklum Balas Baharu   Aduan/Maklum Balas Baharu Semak Aduan/Maklum Balas   Semak Aduan/Maklum Balas Log Masuk Pelanggan   Log Masuk Pelanggan
  Daftar Baharu
Laman Utama| FAQ| Peta Laman| Pegawai Daftar Masuk   Saya ingin menggunakan English | B.Malaysia    
FAQ

1.    APA YANG PERLU SAYA MASUKKAN DALAM ADUAN KEPADA AGC?

Jawapan :


Aduan anda perlu mengandungi maklumat yang mencukupi termasuk dokumen-dokumen sokongan (seperti laporan polis) untuk membolehkan AGC menilai kedudukan dan cara terbaik untuk membantu menyelesaikannya. Kami akan merahsiakan maklumat peribadi anda sekiranya diminta berbuat demikian.

 

2.    BOLEHKAH SAYA MEMBUAT ADUAN BAGI PIHAK ORANG LAIN?

Jawapan :


Boleh, dengan kebenaran daripada pengadu dan menyertakan semua maklumat yang berkaitan.
 

3.    ADAKAH AGC AKAN MENYIASAT SEMUA ADUAN YANG DITERIMA?

Jawapan :


Ya - Sekiranya aduan adalah berkaitan, jelas dan berasas.
Tidak - Sekiranya aduan yang diterima adalah di luar bidang kuasa AGC, menyentuh dasar-dasar kerajaan atau perkara-perkara di bawah bidang kuasa:
- Mahkamah
*AGC akan memanjangkan aduan yang berada di luar bidang kuasa AGC ke Kementerian/ Jabatan/ Agensi berkaitan untuk perhatian dan tindakan lanjut.

 

4.    BERAPA LAMA AGC MENYELESAIKAN ADUAN SAYA?

Jawapan :


Piagam Pelanggan AGC menetapkan bahawa setiap aduan yang dikemukakan akan diberikan maklumbalas dalam tempoh 15 hari kecuali bagi kes-kes rumit yang memerlukan siasatan yang lebih terperinci.
 

5.    MENGAPAKAH SETELAH SIASATAN DIJALANKAN, KES YANG TELAH SAYA LAPORKAN DI NFA (NO FURTHER ACTION) ATAUPUN SASPEK TIDAK DITUDUH DI MAHKAMAH? BOLEHKAH SAYA KEMUKAKAN RAYUAN ATAS KEPUTUSAN PENDAKWA RAYA/TIMBALAN PENDAKWA RAYA ITU? JIKA BOLEH, KEPADA SIAPA RAYUAN TERSEBUT BOLEH DIKEMUKAKAN?

Jawapan :


Keputusan terhadap kes-kes yang disiasat oleh pihak polis ataupun mana-mana agensi penguatkuasaan yang lain akan bergantung sepenuhnya kepada keterangan yang ada. Sekiranya terdapat keterangan yang kukuh dan menyokong laporan/aduan oleh pengadu, maka saspek yang terlibat mungkin akan didakwa di mahkamah. Namun begitu, sekiranya tiada keterangan yang kukuh dan menyokong laporan/aduan pengadu, maka saspek kes tersebut tidak akan didakwa di Mahkamah. Ini adalah prinsip asas pendakwaan di mana pendakwaan kes-kes jenayah hanya akan dilakukan sekiranya terdapat bukti dan keterangan yang mencukupi.

Terdapat beberapa faktor menyebabkan kes di NFA. Antaranya, disebabkan kekurangan bukti, tiada saksi yang berkredibiliti, saspek tidak dapat dikesan, dan sebagainya. Keputusan Pendakwaraya yang tidak memihak kepada Pengadu boleh dirayu. Walaubagaimanapun, tertakluk kepada perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan, keputusan samada untuk menimbangkan rayuan adalah tertakluk sepenuhnya kepada Pendakwaraya. Keputusan ini masih boleh dirayu sekiranya wujud bukti baru untuk dipertimbang oleh Pendakwaraya.

Rayuan bertulis boleh dikemukakan ke Bahagian Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara samada melalui Unit Pendakwaan di Negeri-negeri atau kepada Ibu Pejabat di Putrajaya.

 

6.    JIKA LAPORAN POLIS TELAH DIBUAT TETAPI KETERANGAN SAYA TIDAK DIAMBIL ATAUPUN TIADA TINDAKAN OLEH PIHAK POLIS, KEPADA SIAPA BOLEH SAYA KEMUKAKAN ADUAN BERKENAAN PERKARA TERSEBUT?

Jawapan :


Aduan bertulis boleh dikemukakan kepada Ketua Polis Daerah/Ketua Polis Balai (OCPD/OCS) di mana laporan polis tersebut dibuat dan aduan tersebut juga bolehlah dibuat salinan kepada Bahagian Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara. Aduan bertulis juga boleh dibuat secara terus kepada Bahagian Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara (sama ada kepada Unit Pendakwaan Negeri ataupun kepada Ibu Pejabat di Putrajaya) di mana Bahagian Pendakwaan akan membuat tindakan susulan untuk mendapatkan maklumbalas daripada pihak polis berkenaan laporan yang diadukan.

Menurut subseksyen 107A(1) Kanun Tatacara Jenayah, seseorang pengadu yang telah membuat laporan polis boleh memohon daripada OCPD/OCS di mana laporan polis tersebut dibuat, untuk mendapatkan laporan status siasatan terhadap laporan yang telah dibuat olehnya. Di bawah subseksyen 107A(2) pula, OCPD/OCS di mana laporan polis tersebut dibuat hendaklah mengemukakan laporan status siasatan sebagaimana dipohon kepada pengadu dalam tempoh 2 minggu daripada tarikh penerimaan permohonan tersebut. Namun begitu, peruntukan subseksyen 107A(2) di atas hanya terpakai sekiranya:

 

  •  Laporan yang dibuat adalah melibatkan kes yang boleh ditangkap tanpa waran;
  •  Tempoh 4 minggu daripada tarikh laporan polis tersebut dibuat telah tamat; dan 
  •  Laporan status siasatan tersebut tidak mungkin melibatkan perkara-perkara yang boleh memberi kesan memudaratkan terhadap siasatan ataupun pendakwaan kes tersebut. 


Sekiranya kriteria-kriteria seperti di atas dipenuhi dan OCPD/OCS terbabit gagal mengemukakan laporan status siasatan sebagaimana dipohon mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan oleh undang-undang, maka pengadu bolehlah membuat aduan kepada Pendakwa Raya (Jabatan Peguam Negara) akan kegagalan pihak polis itu.
 

7.    BAGAIMANA CARA MENDAPATKAN KHIDMAT NASIHAT GUAMAN DARIPADA PEGUAM KERAJAAN? APAKAH AGENSI YANG MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN NASIHAT GUAMAN KEPADA MASYARAKAT?

Jawapan :


Pertanyaan mengenai khidmat nasihat guaman (seperti tuntutan sivil ke atas syarikat/individu) boleh disalurkan kepada Jabatan Bantuan Guaman (tertakluk kepada Akta Bantuan Guaman 1971) di www.jbg.gov.my
 

8.    BAGAIMANA CARA UNTUK MEMBUAT ADUAN TIDAK BERPUASHATI TERHADAP PERKHIDMATAN PEGUAM BUKAN KERAJAAN?

Jawapan :


Aduan melibatkan khidmat nasihat Peguam Bukan Kerajaan/swasta boleh disalurkan ke Majlis Peguam di www.malaysianbar.org.my


PERINGATAN

AGC boleh untuk tidak melayan sebarang aduan yang menggunakan bahasa yang kesat, lucah, konfrontasi, penghinaan atau tuduhan tanpa asas. AGC juga tidak akan mencampuri kes-kes yang melibatkan keputusan mana-mana mahkamah atau yang seumpamanya serta mana-mana pertikaian yang melibatkan masalah peribadi antara individu/ syarikat yang tiada kaitan dengan fungsi/ peranan AGC.

 

Penafian | Privasi & Polisi
Hak Cipta © 2014 Biro Pengaduan Awam
Recommended 1024 x 768. Internet Explorer 9 and above, Mozilla Firefox, Google Chrome.
Muat Turun Adobe Reader